Monday 23 July 2012

KURSUS PENGURUSAN PEROSAK BERSEPADU, KUMBANG MERAH PALMA DAN PENGENDALIAN / KESELAMATAN PENGGUNAAN RACUN

Tarikh : 12 Julai 2012
Tempat : Pusat Pertanian Jalan Kebun Klang

 RED PALM WEEVIL (RPW)
Kumbang Merah Palma atau lebih di kenali sebagai Red Palm Weevil adalah sejenis perosak tanaman yang serius dan berbahaya menyerang tanaman kelapa dan berpotensi merebak dan menyerang tanaman sawit negara. Perosak ini juga telah dijumpai pada tanaman salak, sagu, kurma dan pokok-pokok hiasan. Kerosakan : 
Kumbang betina bertelur pada umbut pokok, pangkal pelepah atau luka-luka yang terdapat pada pokok. Ia boleh menghasilkan lebih kurang 250 telur pada satu-satu masa. Larva yang menetas mengorek ke dalam batang sambil memakan tisu pokok dan lama-kelamaan pokok akan mati. Serangan akan cepat merebak ke pokok-pokok lain yang berdekatan.
Tanda-tanda serangan :
  • Pucuk pokok layu, menjadi kuning, kering dan mati
  • Pelepah turut patah dan kelihatan tergantung di pokok
  • Kecederaan pada pangkal pelepah yang diserang oleh Kumbang Merah Palma
  • Kecederaan pada bahagian dalam batang yang dibelah dua
  • Kelihatan lubang dan pengeluaran cecair berbau masam yang berwarna kuning ke coklat serta tisu-tisu yang telah dimakan dibuang sekitar lubang.

Tindakan yang perlu diambil :
  • Elakkan pokok dari sebarang kecerderaan
  • Pasang perangkap feromon untuk memerangkap kumbang merah palma dan kemudian memusnahkannya.
  • Sentiasa periksa pokok anda.
  • Jika pucuk layu, menjadi kuning atau menunjukkan tanda-tanda serangan kumbang merah palma, segera laporkan kepada PEJABAT PERTANIAN  yang berdekatan.