ILMU

PEROSAK TANAMAN ROCK MELON




PENYAKIT YANG BIASA MENYERANG 
TANAMAN ROCK MELON







NATURAL FARMING

Ia adalah kaedah penanaman yang mempunyai peraturan dan teknik tersendiri dalam mengurus tanaman yang diperolehi melalui pengalaman . Antara kebaikan NF ialah



  • Menggunakan sumber baja semula jadi
  • Mesra alam
  • Meningkatkan hasil tanaman
  • Mengurangkan kos pengeluaran
  • Bahan makanan yang dikeluarkan selamat dimakan iaitu bebas dari bahan kimia

Elemen-elemen NF :

1. Penyediaan Baja
  • Penyediaan Baja Asas
  • Membuat Formulasi Baja

2. Pengurusan Tanah
  • Penyediaan dan Penggunaan IMO
  • Penyediaan dan Penggunaan Sungkupan
  • Pengurusan Kelembapan Tanah
  • Penyediaan dan Penggunaan Kompos
  • Pembajakan Minima

PENYEDIAAN IMO (Indigenous Microorganisma)

Ia merupakan organisma setempat yang sesuai untuk proses pereputan pada tempat tersebut dan boleh dibiakan dari peringkat IMO 1 hingga IMO 5.













PENYEDIAAN KOMPOS

Bahan-bahan yang digunakan:
  • 2 bahagian IMO 4
  • 5 bahgian tahi ayam
  • 10 bahagian hampas kelapa sawit/jerami padi/sisa tanaman

Cara-cara membuatnya seperti berikut :
  • Letakkan jerami padi setebal 10 cm diatas lantai
  • Siramkan air
  • Tabur IMO 4, tahi ayam, lapiskan sisa tanaman dan siram
  • Buat lapisan tersebut sehingga setebal 60 - 70 cm
  • Tutup lapisan itu dengan sungukupan plastik dan dibalik-balikkan setiap minggu









JENIS-JENIS BAJA TUNGGAL NF :

  • Oriental Herb Nutrient (OHN)
  • Fermented Plant Juice
  • Fermented Fruit Juice
  • Fish Amino Acid (FAA)
  • Calcium Phosphate (Cap)
  • Phosphate Calcium (Pca)
  • Green Fertilizer
  • Lactic Acid Serum (LAS)
  • Air Laut

Penyediaan baja cecair dilakukan dengan kaedah "osmosis" iaitu mengeluarkan unsur pemakanan didalam daun dan buah.  Caranya mencampurkan gula merah sama berat dengan bahan yang digunakan untuk membolehkan proses osmosis dilakukan."Extract" unsur-unsur dari dalam tisu tulang dan kulit telur dengan melarutkannya ke dalam cuka asli.








KEBAIKAN OHN :
  • Meningkatkan nutrien tanah
  • Meningkatkan kesuburan tanaman
  • Mengubat dan mencegah dari serangan kulat
  • Membantu metabolisma tanaman

CARA MENGGUNAKAN OHN :
  • Campurkan OHN pelbagai jenis dengan kadar 2:1:1:1:1 (tongkui:kayu manis:kamchoo:bawangputih:halia
  • Campurkan 18 liter air dengan 18ml campuran OHN di atas.




BAHAN TAMBAHAN NF :

Ia merupakan pelengkap dalam formulasi baja NF dan komponen penting dalam kawalan perosak dan penyakit. Jenis-jenis bahan tambahan itu adalah seperti berikut :

  • Lactic Acid Bacteria Serum (LAS)
  • Brown Rice Vinegar (BRV)
  • Bacterial Mineral Water (BMW)
  • Green Liquid Fertilizer (GLF)
  • Red Fine Soil (RFS)






FORMULASI BAJA NF :

  • Pengurusan tanah
  • Type I - Rawatan biji benih
  • Type II - Tumbesaran
  • Type III - Melambatkan tumbesaran
  • Morning sickness (Changging period)
  • Type IV - Maturing promotion
  • For fruiting - Menaikkan kualiti buah-buahan atau sayuran
KONSEP :
  • Pengurusan Tanah
  • Peringkat hidup pokok
     (i) Peringkat biji benih (dormant period)
     (ii) Peringkat pertumbuhan tampang (vegetative growth period)
          * 5 - 6 daun (1 st golden period)
                - consumptive/basic growth
     (iii) Peringkat peralihan (cross over period)
          * 10 - 11 daun (2nd golden period)
          * 15 daun (3nd golden period)
             - preservative growth/floral differentiation
     (iv) Peringkat produktif (reproductive growth period)
            - accumulative growth/maturity










BIO PEST REPELLANT

Ianya merupakan sejenis bahan yang dihasilkan daripada sumber-sumber tanaman atau fermentasi bagi tujuan menghalau atau menyakiti serangga daripada menyerang atau merosakkan tanaman dan kadang-kadang boleh bersifat membunuh serangga dalam keadaan tertentu.
Penggunaan "Bio Pest Repellant" insyallah mampu mengatasi masalah sisa baki racun kimia yang tinggi pada hasil pertanian yang dihasilkan pada masa kini.


FUNGSI BIO PEST:
  • Menghalang serangga dan penyakit
  • Bertindak membentik lapisan pelindung dengan mencemarkan makanan serangga melalui proses penapaian
  • Melemaskan dan menimbulkan ketidakselesaan

CIRI-CIRI BAHAN YANG DIGUNAKAN PERLU :
  • Mempunyai rasa yang pahit
  • Mempunyai bau / aroma
  • Mempunyai getah

BAHAN YANG BOLEH DIGUNAKAN :
  • Serai wangi
  • Halia
  • Bawang putih
  • Daun neem
  • Daun betik
  • Aloe vera


























KAEDAH PEMBUATAN "BIO PEST REPELLANT"

Bahan yang diperlukan :



  • Molasses @ gula merah  = 20ml @ 20g
  • BIM CAIR = 50ml (sekiranya ada)
  • Bawang putih = 100g
  • Daun NEEM = 100g
  • Cili padi = 100g
  • Air bersih = 1000ml
Bahan bertanda merah boleh diubah suai mengikut keadaan. Kesemua bahan dicampur dan dikisar (diblander) dan diperam selama seminggu. Pemeraman seeloknya dikawasan tertutup dan pada suhu bilik. Selepas seminggu bahan tersebut ditapis dan boleh digunakan. Kepekatan untuk spray pada tanaman bergantung kepada saiz dan jenis tanaman atau serangga.

Contoh Kombinasi Lain :
  • pest 1 : Bawang putih + Neem + Cili
  • pest 2 : Serai wangi + Neem + Cili
  • pest 3 : Daun Kesom + Halia + Bawang Putih
  • pest 4 : Cili padi + Limau purut + Aloe vera + Neem
  • pest 5 : Daun Nilam + hempedu Bumi + Bawang Putih + Aloe vera
( Penyediaan ini akan menghasilkan aroma dan fungsi yang berbeza dan akan mengatasi keimunan serangga).