PROGRAM BANTUAN TANAM SEMULA BUAH-BUAHAN TERPILIH

1.      LATAR BELAKANG

1.1. Di bawah Dasar Agromakanan Negara (2011–2020), pengeluaran buah-buahan dijangka meningkat selaras dengan peningkatan produktiviti kawasan berhasil daripada 9.6 tan metrik sehektar pada tahun 2010 kepada 12.9 tan metrik sehektar pada tahun 2020 dan peluasan kawasan bagi tanaman buah-buahan secara komersil.
 
1.2. Sehubungan itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) mengambil inisiatif memperkenalkan Program Bantuan Tanam Semula Buah-buahan Terpilih dalam meningkatkan produktiviti bagi pasaran tempatan dan eksport serta meringankan beban pengusaha berikutan kos pengeluaran masih kekal di tahap yang tinggi.

2.      OBJEKTIF

Objektif Program Tanam Semula Buah-buahan Terpilih adalah seperti berikut:

2.1.  Membantu meningkatkan pendapatan pekebun kecil buah-buahan melalui peningkatan produktiviti, pengurusan tanaman dan pengamalan teknologi;
 
2.2.  Melaksanakan pemulihan dusun ke arah dusun yang dibangunkan secara tersusun dan mengamalkan MyGAP termasuk penggantian tanaman buah-buahan dengan benih berkualiti, pembajaan dan kawalan perosak yang lebih terancang; dan
 
2.3. Meningkatkan pengeluaran buah-buahan secara pukal, berkualiti dan mencukupi serta dapat memenuhi pasaran domestik dan eksport selaras dengan strategi Dasar Agromakanan Negara (2011 – 2020).

3.      SKOP

3.1.  Program Bantuan Tanam Semula Buah-buahan Terpilih dilaksanakan untuk pekebun kecil buah-buahan yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh MOA dari semasa ke semasa.
 
3.2.   Takrifan tanam semula di bawah program ini adalah:
                                i.            Sulaman dengan varieti terpilih; dan / atau
                              ii.            Cantuman dewasa.
 
3.3.   Takrifan pekebun kecil buah-buahan di bawah program ini adalah:
 
3.4.   Telah / Sedang mengusahakan tanaman buah-buahan di atas tanah berkeluasan 5 hektar dan ke bawah
                       i.        Kebun buah-buahan dalam ladang penanaman getah, kelapa sawit dan koko tidak layak menyertai program ini.
                          ii.            Dusun / kebun buah-buahan yang baru dibuka tidak layak menyertai program ini.

4.      SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat-syarat bagi melayakkan pemohon menyertai Program Bantuan Tanam Semula Buah-buahan Terpilih adalah seperti berikut:

4.1.   Warganegara Malaysia;
4.2.   Berumur 18 tahun dan ke atas;
4.3.  Telah / Sedang mengusahakan tanaman buah-buahan di atas tanah sendiri, sewa, pajak atau lain-lain status tanah yang telah diberi kebenaran bertulis oleh pemilik tanah / pihak berkuasa berkaitan;
4.4.   Mempunyai keluasan tanah bertanam dengan buah-buahan 5 hektar dan ke bawah;
4.5.   Memiliki Sijil MyGAP atau ke arah mendapatkannya dalam tempoh 2 tahun;
4.6.   Bersedia menyumbang baki daripada kos berkaitan selain daripada kadar bantuan yang diberikan; dan
4.7.   Setiap pemohon layak membuat 1 permohonan sahaja.

5.      JENIS DAN VARIETI BUAH-BUAHAN TERPILIH

Jenis dan varieti buah-buahan terpilih di bawah Program Bantuan Tanam Semula Buah-buahan Terpilih adalah seperti berikut:

5.1.   Durian;
                                   i.            D24 (Bukit Merah)
                                 ii.            D99 (Kop Kecil)
                               iii.            D197 (Raja Kunyit)

5.2.   Nangka;
                                   i.            J31 (Mantin)
                                 ii.            J33 (Tekam Yellow)
                               iii.            J37 (Mastura)

5.3.   Manggis;

5.4.   Mangga;
                                   i.            MA128 (Harumanis)
                                 ii.            MA224 (Chokanan)

5.5.   Cempedak;
                                   i.            CH28
                                 ii.            CH29 (Kuang 4)
                               iii.            CH30 (Kuang 5)
                               iv.            CH34 (Singkir)

5.6.   Rambutan;
                                   i.            R191 (Rong Rien / Anak Sekolah)

5.7.   Limau besar;
                                   i.            PO51 (Sha Ting)
                                 ii.            PO52 (Tambun)
                               iii.            PO56 (Melomas)

5.8.   Limau manis; dan

5.9.   Duku langsat / Dokong.
                                   i.            DL2 (Duku Langsat Terengganu)
                                 ii.            DO2 (Dokong Kering)

5.10.   Lain-lain jenis dan varieti buah-buahan boleh dipertimbangkan mengikut    kesesuaian dan kelulusan Jawatankuasa Penyelaras di peringkat Negeri.

5.11.  Tiga jenis buah-buahan yang diberi keutamaan bagi pelaksanaan program ini adalah durian, nangka dan manggis.

6.      KADAR DAN BENTUK BANTUAN

6.1.   Kadar bantuan minimum RM1,000 dan maksimum RM6,000 per hektar bagi tempoh 3 tahun akan diberikan tertakluk kepada keperluan dan penilaian Jawatankuasa Pelaksana di peringkat Daerah.
 
6.2.   Bentuk bantuan meliputi sebahagian / semua (berdasarkan keperluan) daripada item-item berikut:
                                   i.            Benih berkualiti;
                                 ii.            Input pertanian (baja, racun);
                               iii.            Alatan pertanian kecil;
                               iv.            Infrastruktur asas (perparitan, jalan kebun); dan
                                 v.            Kerja-kerja pembersihan kawasan.

 
7.      MEKANISME PELAKSANAAN

 
7.1.   Permohonan
                            i.         Pekebun kecil buah-buahan yang layak perlu membuat permohonan di Pejabat Pertanian Daerah yang terdekat dengan menggunakan borang yang disediakan. Jika permohonan dibuat oleh wakil, surat perwakilan kuasa daripada pemohon kepada wakil perlu disertakan semasa permohonan dibuat.
 
                                 ii.     Borang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke Pejabat Pertanian Daerah yang berkenaan di mana terletaknya kawasan cadangan projek.
 
                               iii.     Selepas permohonan diterima, kawasan cadangan projek akan dilawati dan diperiksa oleh pegawai dari Pejabat Pertanian Daerah bagi mengesahkan status dan keluasan tanah bertanam.
 
                         

* UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HADIR KE PEJABAT PERTANIAN DAERAH KLANG ATAU HUBUNGI KAMI DITALIAN : 03-3341 3681