Monday 7 May 2012

HARI BERTEMU PELANGGAN

RESTU REZEKI BAKERY HOUSE
Tarikh : 5 & 6 Mei 2012
Masa : 9.00 pg - 5.00 ptg
Tempat : Dataran Restu Rezeki,
              Lot 3720, Lorong Hj. Shoib
              Batu 7 Jalan Kebun,
              Klang Selangor.

Karnival Hari Bertemu Pelanggan Restu Rezeki Bakery House ini telah diadakan selama 2 hari dengan pelbagai aktiviti seperti pameran, promosi jualan pelbagai jenis produk biskut, kek, jeruk, coklat, kerepek, makanan sejuk beku dan juga aktiviti santai untuk pengunjung seperti pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, makan pisang, rebut kerusi, makan bahulu gergasi dan banyak lagi aktiviti yang menghiburkan pengunjung yang hadir.
Pejabat Pertanian Daerah Klang membuka kuanter Klinik Pengembangan untuk pengunjung yang memerlukan perkhidmatan jabatan.
Majlis Perasmian Dan Penutup Karnival Hari Bertemu Pelanggan ini di sempurnakan oleh Y.B. Tuan Mat Shuhaimi b. Shafiei ADUN Sri Muda.

                     Ucapan Aluan Pegawai Pertanian Daerah Klang
          Perasmian Majlis Karnival Bertemu Pelanggan Oleh ADUN Sri Muda
                  Lawatan Ke Gerai Pameran Dan Jualan
                Lawatan Ke Gerai Pameran Dan Jualan
               Lawatan Ke Booth Jabatan Pertanian Daerah Klang
                            Kuanter Klinik Pengembangan
                       Sukanika Untuk Pengunjung Yang Hadir
                    Ucapan Majlis Penutup Hari Bertemu Pelanggan
               Simbolik Majlis Penutup Dengan Melepaskan Belon