Thursday 7 January 2021



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, bertemu lagi kita pada tahun 2021. Untuk makluman semua kursus terbaru dari Pejabat Pertanian Daerah Klang. Terbuka kepada warga Klang yang berminat untuk menyertai. Borang hanya boleh didapati di pejabat kami di Wisma Persekutuan Klang.
Untuk makluman semua kursus yang pihak kami anjurkan adalah PERCUMA. Dan tidak dikenakan sebarang BAYARAN. Kursus kami adalah KURSUS ASAS dan bukan KURSUS LANJUTAN. Diharap semua faham syarat kursus yang telah ditetapkan. 😃
Kami sertakan senarai kursus anjuran Pejabat Pertanian Daerah Klang. Dan admin berpesan, TIADA permohonan melalui FAKS atau pun permohonan ONLINE.
Sila hadir ke pejabat kami untuk mengisi borang permohonan kursus.
Boleh waze lokasi pejabat kami : Wisma Persekutuan Klang.
Boleh juga hubungi pejabat kami di talian 03-33413681.
Terima kasih. 😉