Wednesday, 29 February 2012

KURSUS KUIH TRADISIONAL

Tarikh : 28 Februari 2012
Tempat : Makmal PKT Pusat Pertanian Meru.
Kehadiran : 25 orang peserta.
Jenis-jenis Kuih : Apam Beras, Seri Muka, Kuih Lapis Kacang Hijau dan Talam Keladi.

APAM BERAS
Bahan bahan :
Tepung Beras  - 1/2 kg
Gula Putih  - 2 cawan
Tapai  - 2 cawan  
Air  - 4 cawan
ENO Garam  - 1 peket
Cara membuatnya :
Campurkan semua bahan kecuali ENO ke dalam bekas. Bancuh dan kisar hingga sebati. Kukus selama 10 - 15 minit.
TALAM KELADI
Bahan-bahan :
Tepung Gandum  - 3 cawan
Tepung Beras  - 1 cawan
Tepung Ubi  - 1/2 cawan
Santan  - 130 liter
Garam  - 1/2 sudu teh
Ubi Keladi  - 1 biji
Cara membuatnya :
Ubi keladi dikupas dan direbus. Tepung gandum, tepung beras dan tepung ubi dicampurkan dalam satu bekas. Masukkan santan, kemudian dikisar sehingga sebati. Bahan dibahagikan kepada 2 adunan. Adunan A dicampurkan garam. Adunan B dicampurkan gula dan keladi yang sudah dikisar. Akhir sekali kukus bahagian B tadi. Adunan sudah separuh masak, masukkan adunan A tadi.