Tuesday 24 July 2012

KURSUS ROTI KALI KE 2

Tarikh : 19 Julai 2012
Tempat : Makmal PKT Pusat Pertanian Meru
Peserta : 18 orang.
Kursus roti ini telah dilaksanakan buat kali ke 2 atas permintaan ramai.
 ROTI 3 KG
BAHAN A :
Tepung High Protein  - 3000 gm
Gula Halus  - 750 gm
Garam  - 6 sudu kecil
Baking Powder  - 71/2 sudu
Susu Tepung  - 150 gm
Yis  - 100 gm
BAHAN B :
Bread Improver  - 60 gm
Shortening  - 300 gm
Air sejuk  - 1100 gm
Telur  - 8 biji

Monday 23 July 2012

KURSUS PENGURUSAN PEROSAK BERSEPADU, KUMBANG MERAH PALMA DAN PENGENDALIAN / KESELAMATAN PENGGUNAAN RACUN

Tarikh : 12 Julai 2012
Tempat : Pusat Pertanian Jalan Kebun Klang

 RED PALM WEEVIL (RPW)
Kumbang Merah Palma atau lebih di kenali sebagai Red Palm Weevil adalah sejenis perosak tanaman yang serius dan berbahaya menyerang tanaman kelapa dan berpotensi merebak dan menyerang tanaman sawit negara. Perosak ini juga telah dijumpai pada tanaman salak, sagu, kurma dan pokok-pokok hiasan. Kerosakan : 
Kumbang betina bertelur pada umbut pokok, pangkal pelepah atau luka-luka yang terdapat pada pokok. Ia boleh menghasilkan lebih kurang 250 telur pada satu-satu masa. Larva yang menetas mengorek ke dalam batang sambil memakan tisu pokok dan lama-kelamaan pokok akan mati. Serangan akan cepat merebak ke pokok-pokok lain yang berdekatan.
Tanda-tanda serangan :
  • Pucuk pokok layu, menjadi kuning, kering dan mati
  • Pelepah turut patah dan kelihatan tergantung di pokok
  • Kecederaan pada pangkal pelepah yang diserang oleh Kumbang Merah Palma
  • Kecederaan pada bahagian dalam batang yang dibelah dua
  • Kelihatan lubang dan pengeluaran cecair berbau masam yang berwarna kuning ke coklat serta tisu-tisu yang telah dimakan dibuang sekitar lubang.

Tindakan yang perlu diambil :
  • Elakkan pokok dari sebarang kecerderaan
  • Pasang perangkap feromon untuk memerangkap kumbang merah palma dan kemudian memusnahkannya.
  • Sentiasa periksa pokok anda.
  • Jika pucuk layu, menjadi kuning atau menunjukkan tanda-tanda serangan kumbang merah palma, segera laporkan kepada PEJABAT PERTANIAN  yang berdekatan.



KURSUS ROTI

Tarikh : 28 Jun 2012
Tempat : Makmal PKT Pusat Pertanian Meru
Peserta : 18 orang


MINI BUN & PIZZA

Bahan- bahan :
Tepung High Protein  - 1000 gm
Tepung Superfine  - 100 gm
Garam  - 15 gm
Gula  - 160 gm
Yis  - 20 gm
Susu Tepung  - 35 gm
Bread Softener  - 10 gm
Bread Improver  - 10 gm
Telur (A)  - 2 biji
Air Sejuk  - 580 gm / 650 ml
Mentega  - 120 gm

Cara-cara membuatnya :
Campurkan semua bahan tulisan biru dan putar menggunakan speed 1 selama 40 saat. Masukkan bahan tulisan hitam dan  guna speed 2 putar sehingga adunan sebati. Masukkan bahan tulisan merah dan putar selama 10 hingga 15 minit hingga doh licin & elastik. Adunan yang telah dibentuk hendaklah dibiarkan kembang selama 1 jam 20 minit. Bakar pada suhu 200c selama 15 hingga 20 minit.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR USAHAWAN/PETANI

Tarikh : 21 Jun 2012
Tempat : Projek Industri Asas Tani Pejabat Pertanian Daerah Gombak.
Peserta : 35 orang


KUMPULAN INOVATIF KREATIF PEJABAT PERTANIAN DAERAH KLANG

Tarikh : 19 Jun 2012
Tempat : Kalumpang Resort & Training Centre
Satu bengkel telah diadakan bagi membincangkan projek yang telah dipilih.